LUKA PEPERANGAN

Data menunjukkan 1 daripada 5 atau 20% orang yang tinggal di kawasan konflik mengalami isu kesihatan mental (ICRC, 2021). Natijahnya, mereka yang tinggal di zon konflik menderita masalah kesihatan mental tiga kali ganda lebih berbanding masyarakat awam. Masalah ini bukan hanya sekadar isu prevalens, malah melibatkan isu akses. Makanya, pembinaan damai, kesihatan mental dan sokongan psikososial sangat berkaitrapat antara satu sama lain. Mereka yang diserang, melalui konflik bersenjata ataupun kehilangan ahli keluarga berkemungkinan besar mempunyai luka atau kesedihan yang berpotensi memberi kesan kepada kehidupan mereka atau komuniti sekeliling jika tidak diberikan rawatan dan bantuan sepatutnya. Di zaman ini, seseorang individu yang lari dari zon konflik boleh menggunakan pelbagai cara sama ada melalui status pelarian atau berhijrah sebagai pekerja mahir atau separa-mahir.

Download here